Saturday 4 May 2013

blackhead & whitehead

bintik hitam dan putih terhasil melalui kitaran yang disebabkan sebum berlebihan, sel kulit mati, kotoran dan bahan solek yang menyumbat liang pori.
Liang pori yang tersumbat akan menyebabkan bintik hitam jelas kelihatan dan jika digabungkan dengan pengeluaran sebum tidak terkawal, ia menjadi punca kepada kemunculan jerawat.



Kecederaan pada tisu utama yang disebabkan oleh bintik putih (white head) dan bintik hitam (black head). Apabila bintik-bintik putih (white heads) itu dicemari oleh kekotoran sedangkan ia berada dalam keadaan berminyak dan lembab, bintil putih tersebut akan mudah bertukar menjadi bintik hitam (black head). Bintik-bintik hitam (black heads) mengandungi sumbatan sebum (iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak). Pada kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar. Apabila kandungan sebum dibawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan membesar, maka ia akan menyebabkan kecedaraan pada kulit lalu menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.


Ramai yang alami masalah "BLACKHEAD" dan "WHITEHEAD"


Apakah "Blackhead" dan "Whitehead" ni?
  • "Blackhead" - nama dalam perubatan adalah Open Comedo. Ia adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelanjar 'Sebaceous'. Bila ia terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan warna lebihan minyak tersebut betukar menjadi hitam. Oleh sebab itu hanya bahagian atas yang berwarna hitam.
  • "Whiteheads" - nama dalam perubatan disebut sebagai Closed Comedo. Ia adalah jerawat yang  terdiri daripada minyak dan kulit serum yang mati dan memalam  liang pori-pori di muka .  "Whiteheads" boleh ditakrifkan sebagai: sesuatu yang kecil, mutiara atau tompok putih yang terbentuk di dalam kulit di mana sel-sel kulit menyumbat dan menutup folikel rambut (sebab mengapa mereka juga dikenali sebagai Closed Comedo).


Perbezaan di antara "Whitehead" dan  "Blackhead"

1 comment: