Saturday 4 May 2013

rawatan jeragat


sesape yang xde jeragat lagi kulit tu kena jaga jangan terlampau terdedah ngan cahaya matahari pakai sunblock/bb cream/cc cream/foundation yang mengandungi spf.
RAWATAN MODEN
Jeragat boleh dirawat sama ada menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu.Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat.
Bagi jeragat timbul seperti seborrhoeic keratoses,actinic keratoses dan skin tag, rawatan fizikal adalah cara terbaik manakala penggunaan krim adalah tidak sesuai.
Seborrho keratoses boleh dirawat dengan rawatan fizikal dengan menggunakanelectrocautery iaitu alat cautery yang menghasilkan ‘heat’(haba) yang berfungsi memusnahkan kelompok bintik hitam berkenaan atau rawatan Cryotherapy yang menggunakan cecair nitrogen atau rawatan pembedahan laser.
Rawatan bagi melasme pula adlah sapuan krim seperti krim hydroquinone,krim daripada kombinasi hydroquinone,tretinoin dan steroid,krim isotrenoin atau pengelupasan kimia.Melasme sering menyerang wanita kerana selain daripada pendedahan cahaya matahari dan factor genetik,melasme juga berpunca daripada kehamilan atau pengambilan pil perancang.
Melasme iaitu pigmentasi atau kelompok leper berwarna kelabu atau hitam yang ada di bawah lapisan kulit ini,kebiasaannya boleh dirawat dengan rawatan krim tetapi ada juga pigmentasi  yang tebal dan dalam.Ia mungkin memerlukan rawatan fizikal untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
Bagi mengatasi jeragat,wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan  menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doctor untuk mengenalpasti penyebab dan rawatan yang sesuai.
Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit.Walaupun jeragat adalah penyakit kulit,Ia tidak berbahaya atau mengancam nyawa.Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka perlu berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit.
RAWATAN TRADISIONAL
Selain rawatan moden,masalah jeragat boleh diatasi dengan rawatan tradisional.Berikut beberapa langkah yang boleh di lakukan bagi mengatasi masalah jeragat:-
-Sediakan beberap helai sirih muda dan simpan di dalam peti sejuk.Setiap pagi ambil sehelai dan gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
-Ambil 2 inci daun betik,1 genggam beras,air dan 1 inci kulit kayu manis.Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman.Setelah ia kembang,kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis.Setelah siap,sapukan diseluruh muka anda dan biarakn ia kering lebih kurang 20 hingga 30 minit.Kemudian,lembabkan muka anda,gosok(seperti skrub) dan cuci.Gunakan air suam untuk menyegarkan kembali kulit wajah.
-Ambil putih telur,rendam tisu dalam putih telur dan tekapkanpada muka anda sehingg tisu menjadi kering.Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
-Gosokkan hampas kelapa diseluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih.Amalkan selalu.Jeragat anda akan hilang dan kulit muka akan menjadi halus dan gebu.
NOTA : (RAWATAN DI ATAS HANYA SESUAI UNTUK MASALAH JERAGAT YANG RINGAN SAHAJA)
Pengambilan Vitamin Bantu Kurangkan Masalah Jeragat
VITAMIN C
-Penting dalam pembentukan kolagen.Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal dengan hanya dengan mengamalkan makanan yng tinggi kandungan vitamin c mmbantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.
VITAMIN E
-Terkenal sebgai vitamin awet muda.Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan.Selainitu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit.Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene.
PROTEIN
-Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat).Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan  sel baru.Untuk mendapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.
Air
-Sangat penting dalam pengaliran darah,penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh.Kekurangan airboleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.

1 comment:

  1. sy mempunyai masalah jeragat sejak dari lahir.adakah kaedah rawatan yg dpt menghilangkan masalah ini??

    ReplyDelete