Saturday 4 May 2013

jenis jeragat

7 Jenis Jeragat:

Bercak-bercak Hitam

  • Bercak-bercak hitam adalah rata, gelap dan wujud dalam saiz kepala batang mancis.
  • Ia disebabkan oleh pengagihan melanin yang tidak seragam. Oleh itu, bercak-bercak hitam biasanya hadir dalam warna yang sekata.
  • Bercak-bercak hitam adalah genetik dan biasanya wujud ketika usia muda.

Melasma / Kloasma

  • Melasma juga dikenali sebagai ‘topeng kehamilan,’ dan biasanya dialami oleh wanita semasa tempoh pembiakan mereka.
  • Ia biasanya melibatkan wanita kerana kehadiran hormon wanita seperti estrogen, progesteron dan hormon yang merangsang melanosit.
  • Hanya 1/20 lelaki yang terlibat.
  • Terdapat 3 jenis melasma: epidermis, dermis dan campuran.

Bintik Usia / Bintik Hati

  • Bintik usia biasanya wujud selepas umur 40 tahun yang menandakan bahawa kulit telah mencapai usia tua.
  • Apabila kulit menua dan terdedah kepada ancaman persekitaran, melanosit akan menghasilkan melanin secara konsisten untuk melindungi kulit.

Hiperpigmentasi Radang Kulit

  • Hiperpigmentasi ini wujud akibat luka yang radang.
  • Apabila luka menyebabkan radang kulit, keratinosit akan menghasilkan banyak melanin yang akan menyebabkan perubahan warna kulit pada bahagian luka itu.
  • Keadaan hiperpigmentasi kulit akan menjadi lebih teruk selepas mengikuti pengelupasan kimia, rawatan laser dan IPL.

Jeragat Radang Akne

  • Jeragat Radang Akne diakibatkan oleh luka akne yang telah sembuh.
  • Ia disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan akibat keradangan kulit pada bahagian yang terlibat.

Jeragat Selaran Matahari (Solar Lentigines)

  • Jeragat Selaran Matahari wujud kerana kulit kerap terdedah kepada sinaran matahari atau ultraungu.
  • Jeragat ini biasanya hadir di permukaan kulit yang lebih banyak terdedah kepada sinaran terik matahari atau UV.

Bercak-bercak Radiasi Komputer

  • Bercak-bercak radiasi komputer wujud akibat pendedahan kepada gelombang radiasi komputer atau telefon bimbit untuk jangka masa yang panjang.
  • Komputer dan telefon bimbit menghasilkan gelombang statik dan radiasi yang merosakkan kulit.
Jeragat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi tompok hitam yang leper di dalamlpisan kulit dan biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit.Masalah pigmentasi adalah seperti melasme,freckles atau solar lentigenes.
Masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok),actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya tumbuh pada leher muka dan celah ketiak.
Walaupun jeragat tergolong sebagai enyakit kulit ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka,berdarah dan bernanah pada kawasan yang bermasalah.
Faktor penyebab terjadinya jeragat
Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat.Antaranya kesan matahari dan factor genetik.Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang juga boleh menyebabkan berlakunya masalah jeragat pada kulit wajah.Selain pengambilan pil perancang,masalah jeragat juga boleh berlaku pada kaum wanita apabila mereka mengambil ubat-ubatan seperti amiodarone,bleomycine,chloroquine,antibiotic sepertiminocydine dan lain-lain-lagi.
Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas.Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada factor genetik.Bagi wanita yang sering  terdedah dengan  cahaya matahari,risiko berdepan kulit berjeragat tinggi.
Masalah jeragat boleh juga disebabkan oleh kesan penggunaan alat mekap yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.Di samping itu jeragat boleh terjadi disebabkan oleh masalah pada limpa.

No comments:

Post a Comment