Sunday 5 May 2013

diet secara cepat

DIET ATKINS

BANYAK PRODUK YANG MENGGUNAKAN DIET ATSKIN DIANTARANYA IALAH HERBALIFE & SD2 SO XNAK KUA BELANJA KITA BACA SAL ENTRI NI N CONTINUE SETIAP PAGE YANG SAYA BUAT TUK MUDAH N XBOSAN BACE ENTRY PANJANG LEBAR



Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.

Melalui ?low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula 
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.
SO, CONTINUE SETIAP PE YANG SAYA NAK GTAW SAL DIET ATKINS

No comments:

Post a Comment