Saturday 4 May 2013

cara pemilihan pencuci muka dan pelembab


Banyak laman sesawang yg memberikan panduan beberapa cara cucian muka..Akan tetapi tidak lah semuanya yg benar2 betul..Untuk dapatkan kulit muka yg licin,bersih,segar dan bebas dr sebarang jerawat memerlukan penjagaan yg berterusan..Penggunaan Set Asas Penjagaan Harian adalah penting, diantaranya ialah Pencuci Muka, Toner/Penyegar, Moisturizer/Pelembap, S.block/Pelindung Matahari, Krim malam/Acne gel..Disini di sertakan panduan utk mengenali set asas yg bersesuaian mengikut jenis kulit.


Kulit Berminyak & Berjerawat

1) Pilihlah pencuci muka yg berjenis gel atau sabun kerana ia bertindak membersihkan kotoran yg halus,membuang minyak muka yg terkandung di dalam liang roma serta mengeringkan jerawat.Ini kerana ia berunsulkan air yg mudah diserap di permukaan kulit..Arah cucian yg betul adalah berbentuk bulatan melawat arah jarum jam di mulai dari dagu naik ke pipi kemudian ke kelopak hidung & seterusnya ke dahi..Ulang langkah ini sebanyak 2x dan kemudian bilas dgn air hingga bersih."PENTING'-Jangan biarkan terlalu lama buih sabun di permukaan muka kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan jerawat.

2) Keringkan muka dgn menggunakan tisu, ambil kapas letakkan 2-3 titik toner/penyegar & sapu bermula dari dahi,hidung,dagu & pipi dengan arah sapuan bawah keatas.Ulangi langkah sebanyak 2x.

3) Penggunaan pelembap tidak digalakkan ini kerana kulit muka berminyak sudah punyai lembapannya sendiri,jenis kulit berminyak mukanya TIDAK akan merasa kering & tidak perlu di tambahkan lagi dgn mana2 produk yg berunsulkan krim. Jika di teruskan pakai jerawatnya TIDAK berkurangan malah akan tumbuh dgn banyaknya.

4) S.Block yg berunsulkan air atau gel amat sesuai di gunakan oleh mereka yg kulit berminyak & berjerawat.Penggunaan sunblock/pelindung matahari amat digalakkan untuk melindungi kulit dari pancaran matahari yg mengandungi UV yg hanya akan merosakkan kulit dan pertumbuhan jeragat di usia muda.

5) Penggunaan Acne Gel adalah perlu utk membasmi kuman2 jerawat dan tidak akan tumbuh lagi di muka.Elakkan dari pakai krim malam.

Kulit Kering & Kulit Normal

1) Pencuci muka adalah berbentuk krim atau foam yg berunsul lembapan adalah amat sesuai di gunakan.Cara cucian hendaklah basahkan dahulu muka dgn air & letakkan pencuci muka di atas tapak tangan sebesar duit sepuluh sen tambahkan sedikit air gosok di tapak tangan hingga keluar buih dan kemudian sapukan dimuka di mulai dari dagu,pipi,hidung & dahi buatkan arah putaran lawan arah jarum jam.Ulangi langkah2 putaran sebayak 2-3 kali dan kemudian bilas dgn air sehingga bersih.

2) Keringkan muka dgn menggunakan tisu,ambil kapas letakkan 2-3 titik penyegar/toner dan kemudian sapu di muka bermula dari dahi,hidung,dagu & pipi.Pastikan arah sapuan dari bawah keatas.Ulang langkah yg sama sebanyak 2x.

3) Gunakan krim/pelembap untuk memberi lembapan pada wajah.Picit atau colekkan sedikit sebesar duit sepuluh sen letakkan di atas telapak tangan jadikan 5 titik, 1 di atas dahi, 1 di atas hudung, 1 di atas dagu & 1 di tiap2 kiri/kanan pipi.Ratakan mengikut arah tengah ke tepi dimulai dgn dahi.hidung,dagu & pipi.

4) Anda boleh memilih sunblock berbentuk foundation yg siap dicampurkan dgn alas bedak.Di sini anda tidak perlu lagi di tambah dgn bedak asas yg lain. Memadai sunblock+foundation yg sedia ada.

5) Penggunana Krim Malam adalah perlu untuk mencerahkan kulit muka serta menghilangkan jeragat dan melembapkan kembali kulit wajah.

PENTING : Muka perlu dicuci sekerap yg boleh iaitu 3-4x sehari bg mereka yg punyai kulit muka Berminyak & Berjerawat untuk memastikan muka sentiasa kering dan bebes jerawat. Manakala kulit Kering & Kulit Normal hanya perlu cuci 2-3x sehari.

Penjagaan hujung minggu gunakan scrub,serum,masker bagi mereka yg berkulit Kering & Normal.Manakala yg berkulit Berminyak & berjerawat ELAKKAN dari menggunakan SCRUB kerana ia hanya akan membanyakkan lagi jerawat anda ketika anda menyental muka.Dapatkan rawatan Facial di Pusat-pusat Kecantikan yg berdekatan utk memberi kebersihan yg total..

1 comment:

  1. thanks bagi tipsss.. sya muka berminyak. tapi x tau apa yg boleh pakai n apa yg x boleh. saya beli produk safi. pelembap yg penutup warna hijau... Saya stop pakai pelembap safi sebab muka jadi berpeluh kuat tanpa saya sedari. tiba-tiba je peluh mengalir n baru sedar ada peluh kat muka.. hahahhaha .. LOL malu sangat... rupanya muka berminyak x perlu pakai pelembap... hahahah saya salahkan produk tu tapi saya yg salah.guna sesuka hati...

    ReplyDelete